Akademi Bekerja Dari Rumah (ABDR)



Rahsia Akademi Bekerja Dari Rumah (ABDR).

Inspirasi itu sangat penting. Penting untuk tingkatkan motivasi setiap individu. Salah satu inspirasi Che Ty adalah Pejabat Pos yang terletak di dalam bangunan LRT Ampang. Sungguhpun pejabat pos laju tu cuma sederhana besarnya tetapi pengunjungnya tidak pernah berkurangan. Setiap kali Che Ty pulang dari kerja apabila menggunakan LRT dan ketika melewati Pejabat Pos Laju itu, masih ramai lagi pelanggannya (hinggakan lewat petang , mereka masih sibuk menguruskan penghantaran pelanggan).  Terdetik di hati Che Ty bilakah aku dapat menjadi seperti mereka. Adakala pesanan yang mereka hendak kirimkan tidak menang tangan dibuatnya oleh pegawai pejabat pos laju itu. Rekod bancian yang Che Ty perolehi, rata-rata adalah di kalangan suri rumah (Dari pemerhatian Che Ty, duduk di penjuru kawasan lapang yang berdekatan dengan pejabat pos tersebut selama setengah jam). Dari situ Che Ty berazam bulatkan tekad untuk mencari kebebasan menambahkan pendapatan melalui bekerja dari rumah.


Akademi Bekerja Dari Rumah (ABDR)


Adakah anda sedang mencari-cari group sokongan untuk membantu anda memulakan blog? memulakan perniagaan di atas talian? Maka tepatlah langkah serta pencarian anda dengan memilih ABDR. 

ABDR adalah komuniti yang menjalankan perniagaan kecil-kecilan dari rumah. Jujurnya, sebelum ini saya tidak pernah terpikir wujudnya sebuah group mesra bimbingan khas seperti ini. 

Walaupun saya banyak membaca buku buku ilmiah, ebook dan sebagainya. Namun tiada satu pon yang dapat menandingi ABDR. Anda akan sentiasa di pantau oleh guru online anda. Anda akan diberikan tugasan tugasan namun mengikut keselesaan anda. Tiada paksaan akan dikenakan. Saya amat senang sekali ketika mengikuti proses pembelajaran oleh kerana saya masih lagi bekerja. Setiap soalan saya pasti akan dijawab oleh guru online dan beliau sentiasa memberi tunjuk ajar serta sering menyuntik semangat saya di kala saya "layu di tengah jalan".

Manfaat ABDR

1 - Kebebasan Peribadi

Apabila anda menyertai ABDR, manfaat yang utama anda perolehi ialah bekerja mengikut gaya anda tersendiri. Tiada kongkongan dari pihak atasan. Hanya anda yang akan menentukan corak anda bekerja. Tidak perlu lagi menempuh kesesakan jalan raya dan sewaktu dengannya.

2 - Menambah Pendapatan.

Makin hari, kos kehidupan khasnya yang tinggal di bandar semakin meningkat. Maka, segala kos perlu di ambil kira. Sedikit sebanyak dengan melakukan kerja di rumah pelbagai kos dapat dijimatkan. Di antaranya sewa kedai / pejabat, kos petrol dan penyeleggaran, kos pengangkutan serta dari segi masa.

Penjimatan dari sumber di atas adalah lebih baik disalurkan kepada pemasaran produk. Pemasaran yang bijak boleh meningkatkan pendapatan pasif dan aktif anda.

3 - Kekeluargaan

Di antara faktor utama, orang memilih untuk bekerja di rumah adalah untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan. Di tambah pula dengan pelbagai info dari media mengenai kejadian-kejadian di tempat asuhan, kelalaian pengasuh mahupun penderaan. Oleh yang demikian, para suri sanggup berkorban menguruskan keperluan anak-anak di rumah. Anak juga merasa selesa mendapat perhatian sepenuhnya dari ibu bapa.








No comments:

Post a Comment