Saturday, 22 August 2015

Langkah Pertama Sebagai WAHM

Salam Sayang Semua.


Teks: Farahzety Hanaffi (011-1507 8145)


Lama jugaklah rasanya saya tak kemaskinikan blog Farahan e-Shop ni. Al maklum lah sibuk menguruskan kerja di pejabat dan kembali menguruskan tugasan di rumah pula. Walaupun belum lagi tercapai hasrat saya untuk memulakan kehidupan sebagai seorang WAHM yang berjaya. Namun hasrat tu masih lagi teguh dan mengikut seperti yang saya rancangkan. Salah satu perancangan saya adalah dengan memasuki kelas Akademi Bekerja Dari Rumah.  Walaupun saya sudah lama menyertai kelas yang sangat sangat berguna ni . Saya seringkali membaca kembali nota nota dan tugasan tugasan yang Cikgu Zaila bekalkan. Sentiasa terhibur dengan omelan dan nukilan sahabat di dalam wassap sentiasa menjadi peneman saya sepanjang hari. Ada saja tips yang dikongsikan bersama. Last Call untuk bulan Ogos 2015, kepada sesapa yang berminat untuk menyertai kami di Akademi Bekerja Dari Rumah boleh lah hubungi saya seperti nombor tertera di atas.



Monday, 27 July 2015

Pendapatan Pasif Vs Aktif

As Salamualaikum W.B.T

Teks: Farahzety Hanaffi (011-1507 8145)

Sebelum anda bersedia untuk berhenti, kenal pasti dahulu pendapatan aktif dan pendapatan pasif anda. Dengan mempunyai perancangan yang teliti dan tersusun dapat mengelakan anda buntu di tengah jalan.




Pendapatan Pasif
Sumber : www.usahawan.com

Pendapatan pasif ialah pendapatan yang memerlukan pelaburan awal terlebih dahulu dan kemudiannya terus mendapat pendapatan berterusan lagi dan lagi manakala penglibatan secara terus daripada pemilik bisnes makin berkurangan. Usaha awal ini seakan-akan anda mencipta mesin duit yang membawa masuk wang secara berterusan dengan penglibatan secara fizikal semakin berkurangan.
Seperti yang anda lihat, pendapatan aktif menghendaki dan memerlukan masa anda, walaupun anda boleh memperoleh kenaikan gaji dan juga kenaikan pangkat, pendapatan anda terhad kerana hanya terdapat anda seorang sahaja. Dengan pendapatan pasif, bagaimanapun, anda boleh mencipta pendapatan dari pelbagai sumber dan terus untuk menambah lagi dan lagi mesin yang menjana wang.
Kebanyakan orang hanya akan dapat gaji sekiranya mereka terus bekerja. Begitu juga dengan pendapatan peniaga kecil. Anda sebenarnya belum mencapai kebebasan kewangan kerana jika anda tidak bekerja, anda tiada pendapatan untuk menyara hidup anda secara berterusan (sambil mengekalkan aset pada tahap yang sama).
Kita lihat pesara sebagai contoh. Ramai yang pada mulanya tidak bekerja pada awal persaraan. Tetapi selepas dua tiga tahun, mereka kembali bekerja kerana tahap kewangan mereka telah menyusut semula. Justeru pendapatan pasif penting untuk membolehkan seseorang terus meraih pendapatan walaupun tidak lagi bekerja.
Antara contoh beberapa bentuk pendapatan pasif ialah:
  • Aliran Tunai Positif Daripada Hartanah: Hartanah adalah apa yang kebanyakan orang fikirkan apabila bercerita tentang pendapatan pasif. Tetapi, ia hanya dianggap pendapatan pasif apabila sewa yang anda terima adalah lebih tinggi daripada pinjaman perumahan, cukai, kos penyelenggaraan dan perbelanjaan yang terlibat. Jika tidak, sewa hartanah anda hanyalah merupakan liabiliti. Anda juga boleh membuat wang dengan spekulasi terhadap kenaikan harga asset tersebut. Pendapatan pasif boleh dijana daripada hartanah kediaman ataupun komersil.
  • Menjadi Seorang Penulis: Daftar hak cipta bahan-bahan yang menghasilkan royalti, seperti buku atau e-book, muzik atau lirik, foto dan gambar merupakan satu lagi cara ramai usahawan mencipta pendapatan pasif. 
  • Buat niche website atau blog, dan letak Google Adsense. Selagi ada orang masuk dan klik pada iklan, selagi itu akan dapat duit. Hanya perlu bersusah payah semasa membuat kajian keyword dan pembinaan website sahaja.
  • Buat satu website ‘review’ produk affiliate. Dengan produk affiliate, kita tidak perlu menguruskan pembeli. Jika ada jualan (orang beli melalui link affiliate kita), komisen akan terus masuk ke akaun bank kita pada tempoh tertentu seperti sebulan sekali.
  • Recurring Affiliate Program”. Akan mendapat bayaran selagi pembeli membuat bayaran. Ini biasanya ada pada produk berbentuk ‘membership site’ atau sistem online di mana bayaran yang perlu dilakukan oleh pelanggan pada setiap bulan, seperti Getresponse.com dan Aweber.com.
  • Hasilkan ebook dan website jualan untuk ebook tersebut. Ini yang paling saya suka. Kita hanya perlu luangkan masa untuk menyiapkan ebook, laman web dan ‘promosi automatik’. Kemudian terus menerus mendapat bayaran selagi ebook itu dijual.
  • Produk Bayar Untuk Guna: Mesin vendor, dobi menggunakan syiling, kedai permainan video dan unit stor boleh menghasilkan pendapatan pasif. Kebanyakan mesin layan diri ini berkonsepkan milik sepenuhnya dan sesuai dimiliki semua golongan masyarakat. Proses menjana pendapatan menjadi lebih mudah kerana ia tidak memerlukan pekerja, premis mahupun masa yang banyak untuk menguruskannya. Syarikat pengurusan juga menyediakan khidmat nasihat, latihan dan khidmat runding cara aspek pemasaran yang bersesuaian dengan perniagaan masing-masing.
  • Pemilik Telefon Awam, sama seperti mesin pemilik air. Setiap minggu mereka akan bawa guni untuk mengambil wang syiling yang terdapat di dalam telefon tersebut.
  • Bina Satu Laman Web Tempahan Pembelian Automatik: Bina satu laman e-dagang yang boleh secara efektif proses dan memenuhi pesanan dengan penglibatan yang sedikit daripada anda bagi menghasilkan beberapa pendapatan pasif. Jual produk yang sentiasa dicari-cari sepanjang zaman.
  • Program Telekomunikasi Referel Tone Excel: Anda mampu menjadi pengguna yang bijak , sambil mengguna sambil menjana pendapatan pasif dengan mudah, cepat serta modal yang MINIMUM. Walaupon setengah kata sedikit tapi lama kelamaan menjadi bukit. 








                     Anda Berminat untuk menukar cara hidup anda? 
 Ingin menambahkan pendapatan? Salah satu cara Pendapatan Pasif. Hubungi                                


Farahzety Hanaffi - 011.1507 8145
farahzetyhanaffi.blogspot.com
jomjanapendapatandarirumah@facebook.com

Petua Merawat Denggi

Assalamualaikum W.B.T

Teks : Farazety Hanaffi (011-1507 8145)



Demam Denggi 

Jangan ambil mudah dengan demam denggi. Demam denggi boleh membawa maut jika tidak dirawat dengan segera. Saya mempunyai pengalaman ketika suami sudah demam untuk beberapa hari. 

Tanda Tanda Demam Denggi
  • Kebiasaannya demam akan terjadi pada hari ke tiga (3) hingga ke empat belas (14) selepas digigit oleh nyamuk yang dijangkiti, kebiasaannya di antara 4 hingga 7 hari.
  • Selalunya ia akan bermula dengan demam kuat yang mengejut, sakit kepala yang teruk/kuat, sakit pada bahagian belakang mata serta otot-otot dan sendi-sendi. Ruam merah di kulit juga boleh terjadi.
  • Demam ini boleh mencapai suhu 40 - 41 C, dan selalunya akan berlarutan selama 2 hingga 7 hari. Ia juga boleh menyebabkan serangan sawan dikalangan kanak-kanak di bawah umur 6 tahun. Sakit teruk pada tulang-tulang, otot-otot dan sendi-sendi. Demam denggi ini juga dikenali sebagai "breakbone fever".
  • Ruam selalunya akan tumbuh pada hari ke 3 dan 4 selepas bermulanya demam.
  • Muntah dan kurang selera makan.

Rawatan
  • Segera berjumpa dengan doktor kerana tiada ubat yang khusus untuk merawat demam denggi.
  • Rehat dan banyakkan minum air masak. Ubat paracetamol boleh diambil untuk menurunkan demam dan mengurangkan kesakitan.
  • Elakkan ubat aspirin bagi kanak-kanak di bawah umur 12 tahun.
  • Mandi jerlum.
  • Antibiotik tidak diperlukan.

Tips / Petua Merawat Demam Denggi


  • Disarankan minum air suam banyak banyak demi untuk menyahkan virus denggi dalam badan melalui proses pembuangan air kecil.
  • Pucuk Betik - Walaupun belum terbukti dari segi saintifiknya tetapi kesannya sangat mujarab. Anda boleh la ambil sedikit pucuk betik. Lalu ditumbuk untuk ambil patinya. Ambil satu sudu kecil . Rasanya amat pahit. Tapi dengan kaedah moden dan serba canggih. Kini jus pati Betik boleh anda dapati di setengah kedai Mamak. Bentuk botol nya adalah seperti dibawah. 

Selamat Hari Raya


Assalamualaikum w.b.t

Teks : Farahzety Hanaffi (011.1507 8145)


Selamat Hari Raya kepada semua.

Rasanya belum terlambat untuk saya ucapkan selamat sementelaah raya masih lagi dirasai.

Apa yang saya ingin kongsikan bersama adalah pengalaman Hari Raya 2015. Keluarga saya digemparkan dengan kejadian samun yang berlaku di depan rumah ibu bapa saya sendiri. Ketika mereka bersiap untuk ke pasar. Tiba-tiba mereka didatangi oleh dua buah motosikal terdiri daripada 4 orang perompak yang bersenjatakan parang. Kasihan mengenangkan nasib ibu bapa saya yang sehingga kini masih trauma dengan insiden tersebut. 

Laporan telah dibuat dan terima kasih yang tidak terhingga kepada jiran tetangga, sanak saudara dan pihak PDRM kerana telah memberikan sokongan moral dan bantuan yang pantas kepada ibu bapa saya.

Untuk mengelakkan dari kejadian ini berlaku kepada anda semua. Mohon jangan leka ketika anda menguruskan urusan harian di rumah. Anda tidak akan tahu bahawa ada yang memerhatikan anda.
Elakkan memakai barang kemas ketika keluar dari rumah. 





Friday, 29 May 2015

Blog? Perlu ke?

Asslamualaikum w.b.t

Teks : Farahzety Hanaffi (011.1507 8145)



                         



PERLU KE BLOG?

Ha, soalan tu la saya terima setiap kali saya update blog. 

Al-maklumlah, kini dengan adanya kemudahan media sosial seperti Youtube, Instagram, Facebook dan seantero dengannya kebanyakan orang tidak ambil kesah akan blogging ni. Tahukah kita terdapat pelbagai cara lain untuk kita mempromosikan produk selain yang saya disebutkan di atas. Berikut adalah adalah 5 cara pemasaran yang harus anda ketahui.

1. Pemasaran atau Promosi melalui pengiklanan PERCUMA

Apabila bercakap pasal PERCUMA saja, semua orang suka bukan? Walaupun kaedah ini kurang berkesan tetapi tidak salahkan kalo kita mencuba. Hanya kita perlu pelbagaikan ayat promosi dan fokus kepada link produk ataupun affiliate. Jadikan ayat promosi anda sebagai ayat 'killer' sehingga tidak lena sang pembeli hendak 'klik' link anda. Elakkan ayat yang sama atau rutin kerana ini lebih kelihatan sebagai spam. Jadikan lah promosi tersebut secara berjadual contohnya 1-5 promosi pengiklanan sehari. Selidik waktu puncak agar anda mampu menarik perhatian pembeli. 

Di antara waktu puncak yang disarankan di kala 8.00 pagi hingga 8.30 pagi. Waktu begini sang pembeli baru nak masuk kerja, sebelum memulakan kerja sempatlah mereka mendapatkan perkembangan produk anda. 

Pukul 12tengah hari  - 2petang
Waktu orang pejabat makan tengah hari. Waktu ini juga seeloknya dimanfaatkan dengan mempromosikan link anda.

Pukul 8malam - 10 malam
Selepas selamat menjamu makan malam, tibalah waktu santai bersama keluara sambil sambil melayari media. Jadi sesuai sangatlah kalau kita mempromosikan link. 


Anda boleh post iklan Percuma di bawah:

mudah-iklan.blogspot.com
free-ni.blog.blogspot.com
iklanhangat.blogspot.com 
hantariklan.blogspot.com
iklanselamba.blogspot.com
post-je.blogspot.com
iklan1malaysia.blogspot.com
mudah-iklan.blogspot.com
free-ni.blog.blogspot.com
iklanhangat.blogspot.com 
hantariklan.blogspot.com
iklanselamba.blogspot.com
post-je.blogspot.com
iklan1malaysia.blogspot.com
iklanpasangsiap.blogspot.com
iklandimudah.com
webniaga.net 
mudahiklan.biz

Lagi? Tunggu sambungan saya di post yang akan datang, banyak lagi yang saya mahu kongsikan.

Farahzety Hanaffi - 011.1507 8145
farahzetyhanaffi.blogspot.com
jomjanapendapatandarirumah@facebook.com

Wednesday, 27 May 2015

Ebook YMSR- Yeay !! Mama sudah 'resign'

Assalamualaikum w.b.t

Teks : Farahzety Hanaffi (011.1507 8145)




Anda ingin berhenti kerja tetapi masih tidak mempunyai sebarang perancangan? Anda mula merasa bingung dan hilang fokus?  Jangan bimbang ataupun gusar. Saya pun pernah mengalami pengalaman yang sama, cuma  saya telah menemui jalan penyelesaiannya apabila bertemu dengan  laman akademi bekerja dari rumah dikelolakan oleh pengasasnya sendiri yaitu Pn Masayu Ahmad serta laman blog guru online saya sendiri Pn Zaila Mohamad.  

Ada ke orang berjaya dengan berniaga online ni? 

Ini adalah salah satu tanda tanya yang bermain-main di kepala anda dan saya pada satu masa dahulu. Terdapat ramai sifu dan otai di luar sana yang sudah mampu menjana pendapatan melalui pasaran di atas talian (online) dan di antaranya adalah para surirumah sepenuh masa. Tidak mustahil pendapatan suri rumah alaf baru ni mampu memperolehi pendapatan yang lumayan berbanding dengan orang yang bekerja tetap. Di samping berniaga di atas talian , para suri dapat menguruskan kerja dan tanggungjawab harian mereka. 






Di dalam ebook Yeay! Mama sudah 'resign' (YMSR) ini adalah perkongsian pengalaman suri-suri terdahulu yang sudah melepasi impian mahu berhenti kerja.

Dengan adanya ebook ni dapat memberikan gambaran dan persediaan untuk anda membuat perancangan demi mencapai impian anda.

Jom sertai kami di Akademi Bekerja Dari Rumah Sekarang!!

Farahzety Hanaffi - 011.1507 8145
farahzetyhanaffi.blogspot.com

       



Saturday, 23 May 2015

Baju T- Shirt Muslimah

Salam Ceria,

Mari kita cuci mata dengan koleksi kali ini.Tampil cantik dan selesa ketika menyusukan si manja. Sila hubungi saya di 011-1507 8145 (Farahzety Hanaffi)


HM 0053G (NURSING)

Product Information
Material : 100% Cotton
Color : Brown with Small Floral Printed

Price :
RM62.00 (XS - XL)
RM65.00 (2XL-4XL)

HM 0065B (NURSING)

Product Information
Material : 100% Cotton
Color : Grey with Motif Printed

Price :
RM62.00 (XS - XL)
RM65.00 (2XL-4XL)


HM 0065C (NURSING)

Product Information
Material : 100% Cotton
Color : Red mix Grey with Floral Printed

Price :
RM62.00 (XS - XL)
RM65.00 (2XL-4XL)


JA 307L (NURSING)

Product Information
Material : 100% Cotton
Color : Peach mix Sky Blue with Floral Printed

Price :
RM62.00 (XS - XL)
RM65.00 (2XL-4XL)


berminat sila hubungi saya di 
Tel No : 011 - 1507 8145 (Farahzety Hanaffi) 
farahzetyhanaffi.blogspot.com
https://www.facebook.com/pages/Jom-Jana-Pendapatan-Dari-Rumah